Selasa, 17 Jun 2014 | 1:11 PTG | 0 comments
Ya Allah,
Sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu,
Kecantikannya adalah KecantikanMu,
Keindahan itu keindahanMu,
Kekuatan itu kekuatanMu,
Kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu pelindunganMu.
Ya Allah,
Jika rezekiku masih di langit, turunkanlah,
dan jika di bumi,keluarkanlah,
Jika sukar,permudahkanlah,
Jika haram,sucikanlah
dan jika jauh dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha,
kecantikan, keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah Limpahkan
kepada hamba-hambaMu yang soleh.
ikin mula tertarik untuk menyusuri kelebihan Solat Dhuha ini apabila membaca doa selepas Solat Dhuha ini. Antara bait-bait doa yang menarik perhatian ikin iaitu, Jika
rezeki dilangit turunkanlah, jika rezeki dibumi minta dikeluarkan, jika rezeki
jauh, dekatkanlah. Jika haram, sucikanlah...
"ikin selalu buat Solat Dhuha?" tanya bos kat ikin
"ehh emm pernah mem,tapi jarang." jawab ikin malu
"selalulah amalkan Solat Dhuha. rezeki Allah tu kat mana-mana ada.. dulu pun saya macam awak.. cari duit sampai lupa semua tu" jawab bos ikin panjang lebar.
Teringat time berborak dengan bos ikin kat office. sungguh terkesan dengan tegurannya. Ya Allah, Sungguh kau masih sayangkan hambamu ini yang alpa. Kau utuskan mengantaraan untuk sentiasa mengingatiMu . Ya Rabbi, Sungguh..
Doa ini yang
membuatkan ikin terus mencari kehebatan solat Dhuha ini. Tidak hairan
mengapa para sahabat Nabi yang hidup serba kekurangan, namun bagi mereka,
keperluan mereka sudah mencukupi untuk mereka meneruskan kehidupan yang
sementara ini. Jika anda masih merasakan diri andai berkehendak kepada
keperluan-keperluan dunia yang amat menakutkan seperti iphone, galaxy note,imac,tv
LCD HD 3D 50 inci, kereta mewah BMW, rumah banglo 3 tingkat yang ada kolam
didalamnya, ikin sarankan jadikan amalan solat Dhuha ini sebagai satu doa
kepada Allah, supaya menurunkan 'rasa cukup' terhadap
keinginan keperluan dunia kita yang menggila ini.
Dalam satu riwayat yang lain
Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :
“Barang siapa yang menjaga sembahyang
Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti
buih dilautan.
”(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)
Dan daripada Anas bin Malik
Radhiallahu ‘anhu berkata:
“Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: “Barangsiapa
yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah
baginya sebuah mahligai daripada emas” (Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)
Cara melakukan solat Dhuha:
a) Bacaan niat solat sunat Dhuha Ertinya: ” sahaja aku solat sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Taala”.
b) Bacaan rakaat pertama surah Al-Fatihah dan As-Syam
c) Bacaan surah rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Ad-Dhuha
d) Setelah selesai salam, lalu membaca doa
Solat sunat Dhuha ini dikerjakan pada ketika sedang naik matahari (anggaran 8.00 pagi hingga 11.00 pagi).
Solat sunat Dhuha ini dilakukan sebanyak 2 rakaat. boleh juga dilakukan sebanyak 4, 6, 8 sehingga 12 rakaat dan setiap dua rakaat satu salam dan boleh juga setiap 4 rakaat satu salam.
Berkata Abu Murrah Ath-Tha’ifi r.a.
bahwasanya Nabi s.a.w. telah bersabda : Allah telah berfirman:
“Wahai anak Adam! Bersembahyanglah
untuk Aku di awal pagi, niscaya Aku akan mencukupimu di akhirnya.”(Riwayat
Ahmad)
Hadis Qudsi ini menganjurkan kita
mengerjakan Solat Dhuha yang mana antara faedahnya,
Allah Ta’ala memberi jaminan akan melaksanakan segala keperluan-keperluan keduniaan
manusia setiap hari.
Antara ibadat sunat yang dianjurkan
dan menjadi amalan Rasullullah SAW sendiri ialah solat sunat Dhuha. Banyak
hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaannya, antaranya dalam
riwayat Abu Hurairah katanya:
“Kekasihku Rasullullah SAW telah
berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku
tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak
meninggalkan dua rakaat solat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa
tiga hari daripada tiap-tiap bulan”
(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Dalam riwayat yang lain Rasullullah
SAW pernah bersabda yang maksudnya :
“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas
tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu
sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan
cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat
Dhuha .”
(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu
sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya :
“Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan."
Waktu sembahyang Dhuha ialah dari
naik matahari sampai se-penggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir
tetapi disunatkan dita’khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik.
Cara-cara menunaikan :
1.Cara menunaikannya pula adalah sama
seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam.
2.Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut
sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang
membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang
diriwayatkan oleh ‘Aisyah bermaksud :
”Adalah Nabi SAW bersembahyang Dhuha empat
rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehedakinya.”
(Hadis riwayat Ahmad,
Muslim dan Ibnu Majah)
Dalam sebuah hadis yang lain Nabi SAW
bersabda bermaksud :
”Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha
sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang lalai daripada
mengingati Allah
dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat
ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang
menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut,
barangsiapa menunaikanya sebanyak lapan rakaat
Allah menulis baginya daripada
orang-orang yang selalu berbuat taat,
barang siapa yang menunaikannya sebanyak
dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak
ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada
hamba-hambaNya
dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada
hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa
mengingatiNya,”
(Riwayat At-Thabarani ).
Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud:
”Barangsiapa yang melakukan solat Dhuha membaca rakaat pertama surah
Al-Fatihah dan ayat Kursi 10 kali, dan pada rakaat kedua surah Al-Fatihah dan
Al-Ikhlas 10 kali, nescaya ia mendapat kerelaan Allah Yang Maha Besar.” (HR.
Anas B Malik). ” Barangsiapa yang mengerjakan solat Dhuha dengan terus menerus,
akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan.” (HR
Tirmizi)
صَدَقَةٌ وَنَهْيٌ عَنْ الْمُنْكَرِ صَدَقَةٌ وَيُجْزِئُ مِنْ ذَلِكَ رَكْعَتَانِ
يَرْكَعُهُمَا مِنْ الضُّحَى
setiap pagi masing-masing persendian/ruas tulang
daripada kamu sedekah, dan setiap bertasbih sedekah dan setiap tahmid (ucapan
Alhamdulillah) itu sedekah, dan setiap ucapan takbir itu sedekah, dan menyeru
dalam kebaikan sedekah, dan melarang dari perbuatan jahat itu sedekah, dan
sebagai ganti semua itu, cukuplah dengan mengerjakan solat Dhuha dua rakaat.”
(HR Ahmad, Muslim dan Daud) Rujukan : koleksi 100 solat-solat sunat oleh
Al-Fadhil Al-Ustaz Hj. Ahmad B. Hj. Ibrahim. terbitan Al-Hidayah Publisher
a) Bacaan niat solat sunat Dhuha Ertinya: ” sahaja
aku solat sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Taala”.
b) Bacaan rakaat pertama surah Al-Fatihah dan As-Syam
c) Bacaan surah rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Ad-Dhuha
d) Setelah selesai salam, lalu membaca doa
Solat sunat Dhuha ini dikerjakan pada ketika sedang naik matahari (anggaran 8.00 pagi hingga 11.00 pagi).
Solat sunat Dhuha ini dilakukan sebanyak 2 rakaat. boleh juga dilakukan sebanyak 4, 6, 8 sehingga 12 rakaat dan setiap dua rakaat satu salam dan boleh juga setiap 4 rakaat satu salam.
Solat sunat Dhuha ini dikerjakan pada ketika sedang naik matahari (anggaran 8.00 pagi hingga 11.00 pagi).
Solat sunat Dhuha ini dilakukan sebanyak 2 rakaat. boleh juga dilakukan sebanyak 4, 6, 8 sehingga 12 rakaat dan setiap dua rakaat satu salam dan boleh juga setiap 4 rakaat satu salam.
Maksudnya Doa Selepas Solat Dhuha;
“Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikannya adalah
kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu
kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu. Ya Allah, jika rezekiku masih
di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar,
permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah. Berkat waktu
dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala
yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.




Allah S.W.T
Copycats