Selasa, 17 Jun 2014 | 1:49 PTG | 0 comments
Cinta adalah Amanah daripada Allah.
Sesungguhnya cinta itu indah kerana ia adalah kurnian Allah Yang Maha Esa
Sesungguhnya cinta itu indah kerana ia adalah kurnian Allah Yang Maha Esa
بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
sempurnakan cintaku tuhan .. |
Berbicara tentang rindu dan cinta, manusia tidak dapat lari daripada soal hati dan rasa. Ya, rindu dan cinta letaknya di hati - raja dalam kerajaan diri manusia.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
Bahawasanya di dalam jasad anak Adam ada seketul daging. Apabila baik daging itu, baiklah seluruh anggotanya. Sebaliknya, jika jahat daging itu, jahatlah seluruh anggotanya. Ketahuilah daging itu ialah hati. (Riwayat al-Bukhari)
Terfikir juga aku, apakah itu cinta ? Sebenarnya, kepada siapa kita harus mencintai?
Bila aku update status berbunyi ayat jiwang-jiwang sikit, mesti kawan-kawan aku gelakkan aku. Dia kata aku jiwang.. Jiwang sangat ke? Ohh mungkin la KOT sikit-sikit (bila ada kot,bunyinya macam tak pastikan?)kot-kottt! fitrah manusia. hehehe..
Berbalik kita pada soalan-soalan tadi.. Kepada siapa kita mesti merindui? Adakah kepada kekasih hati ? atau si dia sentiasa diingati? banyakkan persoalan? hahaha sebenarnya, ada banyak lagi yang bermain dalam kepala otak aku ni.. Tapi kalau ditulis mesti panjang berjela.. so aku tulis sikit-sikit dah laa..
Cinta Allah adalah cinta pertama dan utama.
"Manusia menjadi hamba kepada apa yang dicintainya"
Ayat diatas merupakan salah satu Pepatah arab. Jadi, apabila cinta itu sudah tersilap langkah, maka tersalah jugalah manusia meletakkan sifat kehambaannya. Hidup beralih arah, daripada menghambakan diri kepada Allah kepada 'menyembah' hawa nafsu. Syukur, jika hati kita mencintai Allah, kita akan menjadi hamba Allah dan menghambakan diri ke arah iman dan islam. Alangkah ruginya, jika dalam hati kita bertakhta musuh cinta Allah, kita akan menjadi hamba kepadanya dan akan diperhambakan ke arah kejahatan dan kemungkaran.
Cinta akan Allah tidak mungkin tercapai tanpa melalui cinta Rasulullah SAW. Jika cinta Allah itu tujuan, maka cinta kepada Rasulullah SAW itu adalah jalan. Tujuan tidak akan tercapai tanpa mengikut jalan yang betul. Ini ditegaskan sendiri oleh Allah SWT melalui firman-Nya
Terjemahan Dalam Bahasa Malaysia
Tafsiran Ar-Rahman
Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Terjemahan Dalam Bahasa Inggeris
Tafsiran Abdullah Yusuf Ali
Say: "If ye do love Allah, Follow me: Allah will love you and forgive you your sins: For Allah is Oft-Forgiving, Most Merciful."
Seorang Arab Badwi datang bertemu Rasulullah SAW lantas bertanya ,
"bilakah berlakunya kiamat?''
Rasulullah bertanya semula, "Apa yang telah kau sediakan untuk menghadapinya?"
Orang Arab Badwi itu menjawab, "Aku menyediakannya dengan hati yang sangat cinta kepada engkau, ya Rasulullah."
Rasulullah menjawab, "Seseorang itu akan bersama dengan orang yang dicintainya di Akhirat."
Ketika mendengar jawapan Rasulullah SAW itu, para sahabat Rasulullah SAW sangat gembira.
Malah ada dikalangan mereka yang berasa seolah-olah hari itu adalah hari raya. Hal ini kerana mereka merasakan dengan 'bermodalkan' cinta ... mereka boleh dikurniakan Syurga!
Justeru, kita perlulah benar-benar mengenali Rasullah Saw melalui sirah dan sunnahnya.
Erti CInta Dalam Islam ♥
CINTA dalam ISLAM ada 6 peringkat :
1) Cinta Tatayyum,cinta teragung dan menjadi hak Allah semata-mata. (Cinta Allah dan cinta seseorang kerana Allah SWT hakikatnya tidak terpisah)
2) Cinta ‘Isyk yang menjadi hak RASULULLAH SAW. Cinta yang melahirkan sikap hormat, patuh, ingin selalu membelanya, ingin mengikutinya, mencontohinya, dan sebagainya, namun bukan untuk menghambakan diri kepadanya.
3) Cinta Syauq iaitu cinta antara mukmin dengan mukmin lainnya. Antara suami isteri, antara orang tua dan anak, yang membuahkan rasa mawaddah wa rahmah.
4) Cinta Shababah iaitu cinta sesama muslim yang melahirkan ukhuwah Islamiah.
5) Cinta Ithf (simpati) yang ditujukan kepada sesama manusia. Rasa simpati ini melahirkan kecenderungan untuk menyelamatkan manusia, berdakwah, dan sebagainya
6) Cinta Intifa’ iaitu cinta/keinginan kepada selain dari manusia iaitu harta benda,pangkat,nama dan wang ringgit.
Saya sering melihat cinta antara lelaki dan wanita, sama ada yang telah berkahwin atau belum berkahwin, menyebabkan manusia meminggirkan cinta Allah. Murahnya nilai cinta sekarang jika dilihat dilaman-laman sosial . Dan banyak juga yang hanya menyatakan , "Aku cinta kamu kerana Allah," pada lisan tetapi tidak dalam tindakan dan perlakuan.
Jadi fahami CINTA dari perspektif ISLAM..Moga-moga yang membaca digerakkan oleh rasa cinta sesama kata kerana cinta kepada Allah SWT, Amin.
(¯`v´¯) MuHaSaBaH dIrI =) =) =)
`•.¸.•´`•.¸•*¨¨*•.¸¸❤`•.¸.¸¸.•*❤ CINTA ALLAH CINTA ABADI. ~ ♥
(¯`v´¯) MuHaSaBaH dIrI =) =) =)
`•.¸.•´`•.¸•*¨¨*•.¸¸❤`•.¸.¸¸.•*❤ CINTA ALLAH CINTA ABADI. ~ ♥




Allah S.W.T
Copycats